Saturday, November 27, 2010

kpd bakal mak-mak n ayah-ayah

1100pm
27/10/2010

terjumpe mgenai artikel yg menarik~
sume orang bakal mjadi ibu n bapa kan?
jika anda ingin d hormati oleh 'bakal' anak anda..anda pn mestilah mghormati ibu bapa kita skrg~

bagi ibu n bapa yg telah dahulu meninggalkan kita~
igt..ad 3benda perkara yg d bwa mereka d alam kubur:
  • ilmu yg bermanfaat
  • sedekah jariah
  • doa ank yg soleh
p/s:same2 lah kite renungkan~waaah!gler alim c kosong rini!
sbil sedang siap2 nak g dgr ceramah!uhuk3
bukan c kosong yg lukis~



Kenapa Anak Jadi Derhaka?
Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronokdengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.

Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.

Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”, inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…


1110pm
27/10/2010
family itu keluarga

3 comments:

n i k l i s a said...

kena tunjuk contoh yg baik...

ferry said...

betul tu..kalau kita betul je tapi kalau mak ayah yang baca mesti dorang takleh terima macam ni kan..hehe

hadi! said...

niklisa:betul3x
ferry:c kosong xbangkang~