Sunday, December 19, 2010

5 Aktiviti Yang Boleh Dibuat Untuk Terus Tidur

0707pm
19/12/2010



Sesegelintir masyarakat kini tidak kira lelaki mahupun wanita mereka sering diundang masalah kebuntuan kerana susah untuk tidur..berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah saya dan rakan-rakan dari Universiti of Calcuta kaji untuk menyelesaikan masalah ini :

1. Tutup muka dengan bantal

Cara ini dikatakan agak berkesan kerana bila anda tutup muka mesti anda akan kebosanan dan terus tidur..dan kemungkinan juga anda bukan saja boleh tidur sementara malah boleh terus tidur untuk selama-lamanya jika terlampau teruja ketika tutup muka dengan bantal.

2. Dengari muzik-muzik lembut

Cara ini juga telah terbukti berkesan apabila sebelum anda tidur anda disarankan untuk mendengar muzik-muzik atau lagu-lagu lembut atau pun senang cite lagu jiwang seperti lagu Meraung nyanyian New Boyz ataupun lagu Widuri nyanyian Broery Marantika. Cara ini telah terbukti dan telah dikaji ke atas rakan kami bernama firdaus@bro..hak3..sori bro ko jadi bahan ujikaji.

3. Menonton cerita atau drama melayu

Cara ini telah dikatakan terbukti kerana terdapat seorang rakan kami di facebook menyatakan dan mengakui dengan sejujur hatinya bahawa beliau akan tidur setelah 12 minit menonton cerita atau drama melayu seperti cerita syurga cinta lakonan Awal Ashaari kerana dikatakan cerita ini dilabelkan sebagai alat untuk bantuan tidur..tapi AWAS!! anda sesekali tidak dibenarkan untuk menonton cerita-cerita lucah atau berahi kerana dikhuatiri anda tidak akan terus tidur tetapi anda akan melakukan perkara-perkara yang dilarang di dalam Islam seperti......lu pikirlah sendiri.

4. Memikirkan masa depan

Anda disarankan untuk berfikir tentang masa depan sebelum tidur...jika anda mempunyai masa depan yang cerah mungkin anda akan tidur dengan hati yang tenang..tapi awas jangan berfikir jikalau masa depan anda gelap sebab tak de elektrik ok?hehe..

5. Pikirkan pasal Tugasan / Kuiz / Ujian

Bagi yang masih belajar..ini adalah cara atau aktiviti yang paling berkesan yang boleh diikuti..kerana..kerana sebab bila anda memikirkan pasal perkara ini dengan automatic nya anda akan berkata-kata dalam hati seperti berikut :

"Adoiyai..esk ade kuiz la plak...studi lom lg neh..xpe2 Ilyas dh wat toyol kot esk bleh pinjam...so baik aku tdo skang kang klu die tak buat toyol ke leh wat esok pagi...huhuuhu bijaknya aku neh!!"







0709pm
16/10/2010
ad byk care lain lgi~
nghahaha!

4 comments:

Siti Nur Amirah said...

ayat dah jd lbih sempurna..;) best of luck!

....iDa WaiDa.... said...

wah...ko mcm tau2 je ak dalam dilema ni...lg satu ak tambah,dgr bacaan ayat2 suci al-Quran..kompom layu..x caya,try malam ni ok.

Najmi Ahmad said...

si kosong dah jd baikkah...??bior bebeno..??tp agk best jgak si kosong kne ngan cik ida waida tu..terbaaeekkk punyee..hahaha..msukkn yg tu skali mike!!ltak no 1 taw dak!!

Amann!!

hadi! said...

amirah:haha!copy n paste je
rwaida:haha!bgus gak idea 2!ak mmg memahami org2 yg nk tdo ni!
njmi:haha!byk r hg mie..