Sunday, January 9, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah

1205pm
10/1/2011

:status:
sdg mkan roti gardenia+jus oren sunkist
dh mcm breakfeast r pulak!

menghabiskan masa mggu d alamanda~
menonton wayang~
gsc~
dh lame x tgk wayang~

pe cter yg ad?
ad cter yg bez!

hantu kak limah blek rumah!
c kosong bgi 5bintang tok cter ni!!!
mmg bez sgt3!

awal2 cter lagi dh tergelak!
c kosong spai kuar air mata~
p/s:bukan nanges..

yg bangga nya~
tpat lokasi pgambaran~
d kuala kangsar~
mmg sebelah kampung c kosong~

klo anda dh tgk cter 2
ad perasan x jambatan?
dkat warung pak jabit?

jambatan 2 dh mmg dkat dgt ngan kg c kosong~
nama jambatan 2..jambatan iskandar~
nama kg c kosong~
kne cari sndiri~

jom layan sinopsis~
jgn lupe tgk cter nieh!!!

Satu lagi filem MAMAT KHALID, kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Pelakon yang membintangi filem ini adalah Awie, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Shoffi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian dan Azwan.

Akan berada dipawagam pada 9 Disember 2010. Jom saksikan trailer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’







1215am
10/1/2011
c kosong sayang kuala kangsar~
royal town!
tanah tumpah darahku!

6 comments:

annelida said...

huhu..tak tgk lagi cter nie. =.=
begitu outdated nye aku,

hadi! said...

annelida:sy sarankan anda tgk cter d mna2 pawagam yg berhampiran~

Sansan Onwan said...

aku sukalah ceta ni!.best!.

Anis said...

cite ni sangat kelakar . tengok dua kali lagi tu . tak cukup ngan tu , kalau duduk sorang-sorang , teringat cte tu je mesti gelak sorang-sorang .
orang yang kata tak best tu mesti language barrier nye problem .
bahasa perak , bukan nya semua orang paham ..

eh , br terperasan , kita satu sekolah n satu batch ye . hahaa

mizz_faeeza said...

Tak tengok lg...T_T~nak tgk lah mcm ni (:

Siti Nur Amirah said...

baru sudah tgk..1 jan ari tuh..gelak gila tak hingat..agaknye pasai menghayati bahasa perak tu han nisah..hahahah